COMPARE dari MyEG
Butiran pegawai logistik belum tersedia di laman web.
Maklumat pegawai penghantaran hanya akan dipaparkan setelah cukai jalan sedia untuk dihantar.
Tukar Nombor Telefon / Alamat Penghantaran
Sila hubungi kami melalui Pautan Live Chat, help@myeg.com.my atau hubungi 03-78018888.
Tukar Kaedah Penghantaran
Daripada pengambilan sendiri kepada penghantaran - caj akan dikenakan. Daripada penghantaran kepada pengambilan sendiri - tiada bayaran balik untuk caj penghantaran akan dibuat..
Apa yang perlu saya lakukan jika cukai jalan saya gagal dihantar?
Pelanggan perlu menyemak e-mel untuk notis penghantaran gagal dari Jabatan MyDelivery. Selain itu, anda boleh klik di sini untuk mengatur semula penghantaran.
Mengapa Pengesahan Biometrik diperlukan?
Cukai jalan adalah dokumen terkawal yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Oleh itu, Pegawai Logistik MyEG akan mengesahkan dan merekodkan butiran penerima dengan melakukan pengesahan biometrik MyKad mereka.
Siapa yang boleh menerima cukai jalan?
Pemilik kenderaan atau wakil pemilik kenderaan dengan MyPR atau MyKad yang boleh dibaca. Sila ambil perhatian bahawa pengesahan biometrik penerima diperlukan
Dimana saya boleh menyemak status penghantaran cukai jalan saya?
Klik di sini untuk menyemak status penghantaran cukai jalan anda
Setelah berjaya memperbaharui cukai jalan anda, anda biasanya akan menerimanya berdasarkan kaedah yang anda pilih.
Setelah berjaya memperbaharui cukai jalan, anda akan menerimanya berdasarkan kaedah yang dipilih: 1. Penghantaran - Pegawai logistik kami akan menghantar cukai jalan anda ke alamat yang telah ditentukan oleh anda. 2. Pengambilan a.Kereta - Cukai ...
Bagaimana cara berkongsi Cukai Jalan Digital?
Buka aplikasi MyJPJ dan log masuk ke akaun anda. Tekan pada profil. Tekan pada "Lesen Kenderaan Motor". Pilih kenderaan yang ingin anda kongsikan cukai jalan. Tekan pada butang "Kongsi LKM". Tekan pada butang +. Masukkan nombor IC, tarikh mula, dan ...
Bagaimana cara mengakses aplikasi MyJPJ?
1. Muat turun aplikasi MyJPJ daripada Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery. 2. Buka aplikasi dan tekan pada butang "Daftar". 3. Masukkan nama, alamat e-mel, dan nombor telefon anda. 4. Cipta kata laluan dan sahkannya. 5. Tekan ...
Jika saya memilih eLKM (hanya digital), bolehkah saya meminta MYEG untuk mencetak salinan fizikal kemudian?
Setelah anda memilih eLKM (hanya digital), MYEG tidak dapat mencetak salinan fizikal untuk cukai jalan kenderaan anda. Jika anda ingin mencetak cukai jalan tersebut, anda boleh mengunjungi mana-mana kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ...
Berapakah kos untuk laminasi? Adakah ia termasuk cukai perkhidmatan sebanyak 8%?
Caj untuk laminasi adalah RM1.00, ditambah dengan cukai perkhidmatan sebanyak 8%.
Adakah MyEG menyediakan perkhidmatan laminasi untuk cukai jalan fizikal (LKM) yang baharu bagi kereta dan motosikal? Adakah perkhidmatan laminasi ini wajib?
MyEG menyediakan perkhidmatan laminasi untuk cukai jalan fizikal (LKM) yang baharu bagi kereta dan motosikal. Walau bagaimanapun, perkhidmatan laminasi ini tidak wajib. Cukai jalan fizikal kini dikeluarkan dalam bentuk dokumen kertas dan bukan lagi ...
Bagaimanakah rupa cukai jalan fizikal yang baharu?
Cukai jalan yang diberikan kini adalah dokumen kertas dan bukan lagi cakera plastik yang anda lekatkan pada cermin hadapan kenderaan anda. Cukai jalan kereta yang baharu adalah serupa dengan cukai jalan motosikal namun memaparkan "Selain Motosikal".
Apakah e-LKM?
e-LKM (Elektronik Lesen Kenderaan Motor) adalah versi digital pelekat cukai jalan. Ia berfungsi sebagai rekod elektronik status cukai jalan kenderaan, yang boleh disimpan dan diakses melalui Aplikasi MyJPJ.
Adakah saya boleh menyemak sejarah transaksi saya?
Ya, anda boleh melihat transaksi terdahulu melalui pautan sejarah transaksi di halaman cukai jalan. Sila rujuk dibawah :-
Semasa cuba memperbaharui cukai jalan untuk kereta atau motosikal persendirian saya di laman web MYEG, saya menerima 'STATUS MESSAGE'. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila rujuk jadual dibawah bagi senarai kesalahan umum untuk penjelasan atau arahan mengenai tindakan yang perlu diambil. STATUS MESSAGE DEFINISI MESEJ STATUS PEMBAHARUAN LKM DIBENARKAN 2 BULAN SEBELUM Pembaharuan cukai jalan tidak boleh dilakukan ...
Adakah saya boleh memperbaharui cukai jalan bagi pihak orang lain?
Anda boleh meneruskan pembaharuan, namun perlu menyediakan alamat e-mel pemilik kereta yang didaftarkan di aplikasi MyJPJ bagi tujuan menyelesaikan transaksi.
Adakah harga cukai jalan di Semenanjung Malaysia sama dengan harga cukai jalan di Sabah dan Sarawak?
Tidak, harga cukai jalan di Semenanjung Malaysia tidak sama dengan harga cukai jalan di Sabah dan Sarawak. Harga cukai jalan yang dipaparkan di laman web MYEG adalah kadar di Semenanjung Malaysia.
Apakah caj yang terlibat untuk pembaharuan Kenderaan Orang Cacat (KOC)?
Caj-caj adalah seperti berikut: 1. Yuran e-Khidmat 2. Caj SST bagi yuran e-Khidmat @ 8% 3. Caj Penghantaran (jika berkenaan) 4. Caj SST bagi Penghantaran @ 8% (jika berkenaan) 5. Caj Laminasi (jika berkenaan) 6. Caj SST bagi Laminasi @ 8% (jika ...
Apakah jenis caj yang terlibat dalam pembaharuan cukai jalan dalam talian?
Caj-caj adalah seperti berikut: 1. Yuran Pembaharuan Cukai Jalan 2. Yuran e-Khidmat 3. Caj SST bagi yuran e-Khidmat @ 8% 4. Caj Penghantaran (jika berkenaan) 5. Caj SST bagi Penghantaran @ 8% (jika berkenaan) 6. Caj Laminasi (jika berkenaan) 7. Caj ...
Adakah terdapat penalti atau bayaran pelarasan untuk memperbaharui cukai jalan selepas tarikh tamatnya?
Tiada penalti atau bayaran pelarasan; namun, pembaharuan mesti diselesaikan dalam tempoh tidak lebih dari 36 bulan dari tarikh semasa.
Apakah yang berlaku jika saya terlupa untuk memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan selepas 36 bulan dari tarikh tamat tempoh
Sila rujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk bantuan lanjut.
Apakah syarat-syarat sebelum memperbaharui cukai jalan kenderaan saya?
1. Pemilik / kenderaan tidak mempunyai saman yang disenarai hitam. 2. Kenderaan mempunyai insurans yang sah. Untuk memperbaharui insurans kereta anda, klik di sini. 3. Tarikh tamat cukai jalan adalah tidak lebih dari 36 bulan dari tarikh semasa
Bilakah saya boleh memperbaharui cukai jalan?
Anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan anda seawal 2 bulan sebelum tamat tempoh.
Apakah jenis kenderaan yang boleh saya perbaharui dengan perkhidmatan cukai jalan dalam talian MyEG?
1. Kereta Persendirian 2. Motorsikal Persendirian 3. Kenderaan Orang Cacat (KOC)