Sebelum ini apabila saya log masuk, saya dapat melihat beberapa saman di laman web, tetapi apabila saya log masuk hari ini, saman-saman tersebut sudah tiada. Saya tidak berkesempatan membuat sebarang pembayaran. Mengapakah saman tersebut dikeluarkan?
Saman daripada JPJ hanya akan berada di laman web MyEG selama 2 minggu dari tarikh kesalahan. Jika saman tidak dibayar dalam tempoh 2 minggu tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan padam saman tersebut dan anda perlu ke kaunter JPJ untuk membayar saman anda.