Jika seseorang bersetubuh dengan sengaja pada siang Ramadhan, dia dikenakan kaffarah mengikut tertib:
1.Membebaskan seorang hamba (tidak relevan kini)
2.Berpuasa selama dua bulan berturut-turut
3.Jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin
Rujukan dalil, diriwayatkan dalam hadis:
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W lalu berkata: Ya Rasulullah S.A.W, aku telah binasa! Rasulullah S.A.W bertanya: Apa yang terjadi? Lelaki itu berkata: Aku telah menyetubuhi isteriku pada siang Ramadan. Rasulullah S.A.W menjawab: Kamu wajib memerdekakan seorang hamba. Lelaki itu berkata: Aku tidak mampu. Rasulullah S.A.W bersabda: Maka, kamu wajib berpuasa dua bulan berturut-turut. Lelaki itu berkata: Aku tidak mampu. Rasulullah S.A.W bersabda: Maka, kamu wajib memberi makan kepada 60 orang miskin." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)