Berikut adalah kesalahan yang diwajibkan membayar kaffarah:
1. Kaffarah kerana persetubuhan pada siang hari Ramadhan. Jika seseorang bersetubuh dengan sengaja pada siang Ramadhan, dia dikenakan kaffarah mengikut tertib:
a. Membebaskan seorang hamba (tidak relevan kini)
b. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut
c. Jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin
Rujukan dalil, diriwayatkan dalam hadis:
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W lalu berkata: Ya Rasulullah S.A.W, aku telah binasa! Rasulullah S.A.W bertanya: Apa yang terjadi? Lelaki itu berkata: Aku telah menyetubuhi isteriku pada siang Ramadan. Rasulullah S.A.W menjawab: Kamu wajib memerdekakan seorang hamba. Lelaki itu berkata: Aku tidak mampu. Rasulullah S.A.W bersabda: Maka, kamu wajib berpuasa dua bulan berturut-turut. Lelaki itu berkata: Aku tidak mampu. Rasulullah S.A.W bersabda: Maka, kamu wajib memberi makan kepada 60 orang miskin." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
2. Kaffarah kerana melanggar sumpah (Kaffarah Yamin). Jika seseorang bersumpah dengan nama Allah tetapi melanggarnya, dia perlu membayar kaffarah:
a. Memberi makan kepada 10 orang miskin
b. Jika tidak mampu, berpuasa selama tiga hari
Rujukan dalil, Allah SWT berfirman:
"Kaffarah melanggar sumpah ialah memberi makan kepada 10 orang miskin dengan makanan sederhana yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika tidak mampu, maka wajib berpuasa selama tiga hari." (Surah Al-Ma’idah: 89)
3. Kaffarah kerana melanggar nazar
Seseorang yang berjanji kepada Allah S.W.T (nazar) tetapi tidak menunaikannya wajib membayar kaffarah yang sama seperti kaffarah sumpah:
a. Memberi makan kepada 10 orang miskin
b. Jika tidak mampu, berpuasa selama tiga hari
Rujukan dalil: Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Barang siapa yang bernazar tetapi tidak mampu menunaikannya, maka wajib dia membayar kaffarah sumpah." (Hadis Riwayat Abu Dawud)
4. Kaffarah kerana ‘ila’
Suami yang bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya dalam tempoh tertentu dan melanggar sumpah tersebut perlu membayar kaffarah:
a. Memberi makan kepada 10 orang miskin.
b. Jika tidak mampu, berpuasa selama tiga hari berturut-turut.
Rujukan dalil: Allah SWT berfirman:
"Kepada orang-orang yang bersumpah untuk tidak mencampuri isteri-isterinya diberikan tempoh empat bulan. Jika mereka kembali (menyutubuhi isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Tetapi jika mereka berazam untuk menceraikan, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 226-227)
5. Kaffarah kerana zihar
Jika seorang suami menyamakan isterinya dengan ibunya atau wanita mahramnya, maka hubungan mereka haram sehingga kaffarah ditunaikan:
a. Memerdekakan seorang hamba
b. Jika tidak mampu, berpuasa selama dua bulan berturut-turut
c. Jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin
Rujukan dalil: Allah SWT berfirman:
"Dan orang yang menzihar isterinya, kemudian ingin kembali (kepada isterinya), maka hendaklah dia membebaskan seorang hamba sebelum mereka berdua bersentuhan. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka bersentuhan. Jika dia tidak mampu juga, maka hendaklah dia memberi makan kepada 60 orang miskin." (Surah Al-Mujadalah: 3-4)"