Semak & Bayar Saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Sebelum ini apabila saya log masuk, saya dapat melihat beberapa saman di laman web, tetapi apabila saya log masuk hari ini, saman-saman tersebut sudah tiada. Saya tidak berkesempatan membuat sebarang pembayaran. Mengapakah saman tersebut dikeluarkan?
Saman daripada JPJ hanya akan berada di laman web MyEG selama 2 minggu dari tarikh kesalahan. Jika saman tidak dibayar dalam tempoh 2 minggu tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan padam saman tersebut dan anda perlu ke kaunter JPJ untuk ...
Bolehkah saya mendapatkan diskaun untuk saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?
Ia bergantung kepada pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti semasa musim perayaan, kempen khas, ataupun terdapat diskaun untuk pembayaran dalam talian atau di lokasi tertentu.
Untuk Saman Senarai Hitam, bolehkah saya membayar Saman Senarai Hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui MyEG?
Bermula 20/09/2024, saman kompaun yang telah tamat tempoh (melebihi tarikh pembayaran saman pada notis yang dikeluarkan) dan disenarai hitam (selepas mahkamah mengeluarkan status DNAA) boleh dibayar secara dalam talian melalui MyEG.
Berapa lama masa yang diambil untuk status saman dikemas kini selepas saya membuat pembayaran?
Status saman anda biasanya akan dikemas kini dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja selepas anda membuat pembayaran. Walau bagaimanapun, tempoh ini mungkin berbeza bergantung kepada masa pemprosesan oleh pihak berkuasa. Sila hubungi kami melalui Pautan ...
Bolehkah saya menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) saya berdasarkan nombor kenderaan di MyEG?
Tidak, di MyEG, anda hanya boleh menyemak saman berdasarkan nombor ID ( MyKad, pasport, ID warga asing, tentera, polis, dan nombor pendaftaran syarikat). Untuk menyemak saman berdasarkan nombor kenderaan anda perlu ke kaunter Jabatan Pengangkutan ...
Saya menyemak di portal MyEG dan tiada rekod saman yang ditunjukkan.
Jika rekod saman anda tidak dipaparkan di MYEG, anda perlu menyemak terus dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda boleh ke pejabat cawangan mereka atau melayari laman web mereka untuk menyemak saman anda.
Jika saya mendaftar akaun MYEG atas nama saya, bolehkah saya membayar saman kenderaan orang lain?
Ya, anda dibenarkan membuat pembayaran saman bagi pihak orang lain. Hanya log masuk ke portal MyEG dan pergi ke perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membayar saman tersebut.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan resit pembayaran?
Anda boleh melihat transaksi terdahulu anda melalui pautan sejarah transaksi pada halaman muka saman. Sekiranya anda memerlukan bantuan daripada kami, sila hubungi kami melalui Pautan Live Chat, help@myeg.com.my atau hubungi 03-78018888..
Adakah saya akan mendapat resit selepas pembayaran saman saya?
Ya, anda akan menerima resit selepas pembayaran. Perincian transaksi pembayaran akan dicetak pada resit selepas anda berjaya menyelesaikan pembayaran saman
Bolehkah saya membayar saman yang tidak boleh dikompaun secara dalam talian?
Tidak, anda tidak boleh membayar saman yang tidak boleh dikompaun secara dalam talian. Saman yang tidak boleh dikompaun memerlukan anda menghadiri perbicaraan di mahkamah, kerana kesalahan ini lebih serius dan tidak boleh diselesaikan dengan hanya ...
Bolehkah saya memperbaharui lesen memandu jika terdapat saman yang belum dijelaskan?
Kegagalan menyelesaikan saman yang tertunggak boleh menyebabkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap, menghalang mereka daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu. Mereka hanya akan dikeluarkan daripada senarai hitam ...
Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan jika terdapat saman yang belum dijelaskan?
Kegagalan menyelesaikan saman yang tertunggak boleh menyebabkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap, menghalang mereka daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu. Mereka hanya akan dikeluarkan daripada senarai hitam ...
Apakah kesan jangka masa panjang jika membiarkan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang belum dijelaskan terlalu lama?
Kesan jangka masa panjang membiarkan saman yang belum dijelaskan terlalu lama boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap, yang seterusnya menyebabkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen ...
Apakah jenis kategori yang saya boleh semak dan bayar untuk saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?
1. MyKad 2. Passport 3. ID warga asing 4. ID Tentera 5. ID Polis 6. Nombor pendaftaran syarikat
Saya seorang warga asing, saya mempunyai saman semasa memandu di Malaysia. Bagaimana saya boleh menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) saya secara dalam talian?
Anda boleh menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) anda melalui MyEG dengan memasukan nombor Pasport atau ID warga asing anda.
Dari manakah sumber maklumat saman ini diperolehi?
Semua maklumat yang terdapat di laman web MyEG disalurkan secara terus daripada pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Apakah jenis saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang saya boleh bayar secara dalam talian melalui MyEG?
Anda boleh membayar saman kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui MyEG. Hanya log masuk ke laman web dan anda boleh menyemak saman JPJ dengan mudah dan membuat pembayaran dalam talian dengan selamat.
Bagaimana saya boleh menyemak dan membayar saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?
• Layari www.myeg.com.my • Sila mendaftar dengan laman web sekiranya anda adalah pengguna kali pertama • Log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan anda • Klik Jabatan Pengangkutan Jalan > Semak & Bayar Saman JPJ • Isikan maklumat yang diperlukan ...
Bolehkah saya membayar saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di MyEG?
Ya, anda boleh membayar saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui MyEG. MyEG menyediakan platform dalam talian di mana anda boleh membayar saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).