Pembaharuan Lesen Memandu (CDL)
Saya seorang warga asing, saya mempunyai saman semasa memandu di Malaysia. Bagaimana saya boleh menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) saya secara dalam talian?
Anda boleh menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) anda melalui MyEG dengan memasukan nombor Pasport atau ID warga asing anda.
Dari manakah sumber maklumat saman ini diperolehi?
Semua maklumat yang terdapat di laman web MyEG disalurkan secara terus daripada pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Apakah tahun maksimum untuk pembaharuan CDL melalui portal MYEG?
Mulai 1 Februari 2024, tahun maksimum untuk pembaharuan CDL melalui portal MYEG ialah 10 tahun. Pilihan tersebut hanya tersedia untuk Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (MyPR) sahaja.
Adakah lesen fizikal masih wajib?
Tidak, ia sudah tidak wajib.
Jika saya memilih eLMM (hanya digital), bolehkah saya kemudian meminta MYEG mencetak salinan fizikal?
Setelah anda memilih eLMM (bentuk digital), MYEG tidak dapat mencetak salinan fizikal untuk CDL anda. Jika anda ingin mencetak CDL, anda boleh mengunjungi mana-mana kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terdekat untuk mencetak semula dengan ...
Apa yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah teknikal semasa proses pembaharuan dalam talian?
Sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami untuk bantuan lanjut. Untuk berbual dengan wakil khidmat pelanggan kami, sila klik di sini. Sebagai alternatif, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di help@myeg.com.my atau hubungi kami 03-78018888.
Adakah sistem pembaharuan dalam talian ini tersedia untuk warganegara asing dengan lesen memandu Malaysia?
Warganegara asing pemegang status penduduk tetap (MyPR) boleh memperbaharui lesen mereka melalui sistem pembaharuan dalam talian MyEG.
Bolehkah saya mengemaskini maklumat peribadi saya semasa proses pembaharuan?
Tidak, sebarang perubahan mengenai maklumat peribadi pada lesen hanya boleh dilakukan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berapa lama masa yang diperlukan untuk menerima lesen yang telah diperbaharui selepas proses pembaharuan dalam talian?
Warganegara Malaysia boleh mengakses lesen digital e-LMM melalui aplikasi MYJPJ dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas pembaharuan CDL berjaya. Sekiranya anda memilih pilihan pengambilan di pusat eKhidmat atau penghantaran, urusan tersebut akan dibuat ...
Adakah mungkin untuk memperbaharui lesen memandu sebelum ia tamat tempoh?
Anda boleh memperbaharui lesen memandu pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh.
Apakah maksud "amaun pelarasan"?
"Amaun Pelarasan" adalah caj penyesuaian dikenakan hanya jika anda memperbaharui CDL selepas tarikh luput. Ini adalah caj untuk mengubah tarikh luput lesen anda kepada tarikh lahir seterusnya. Contoh: Jenis lesen: D Tarikh lahir: 2.1.1986 Tarikh ...
Apa caj yang termasuk dalam proses pembaharuan CDL melalui MYEG?
Yuran yang terlibat adalah seperti berikut: 1. Fi pembaharuan CDL 2. Amaun pelarasan CDL (if have) 3. Caj eKhidmat 4. Caj eKhidmat: Cukai Jualan dan Perkhidmatan @ 8% 5. Caj Penghantaran (jika berkenaan) 6. Caj Penghantaran: Cukai Jualan dan ...
Lesen memandu saya tamat tempoh 3 tahun yang lalu, apakah yang perlu saya lakukan?
Lesen memandu anda tidak lagi sah jika telah tamat tempoh lebih dari 3 tahun. Oleh itu, anda tidak boleh memperbaharui lesen tersebut. Anda perlu mengambil semula ujian memandu untuk mendapatkan lesen memandu yang baru. Anda dikehendaki pergi ke ...
Bolehkah saya memperbaharui lesen memandu selepas ia tamat tempoh?
Ya, selagi tidak melebihi 3 tahun selepas tamat tempoh.
Bilakah saya perlu memperbaharui lesen memandu (CDL)?
Anda boleh memperbaharui lesen memandu pada bila-bila masa tetapi tidak melebihi 3 tahun sebelum tarikh luput.
Bolehkah saya menukar kelas Lesen P kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) melalui platform MYEG?
Tidak. Sila ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bantuan lanjut.
Bolehkah saya menukar kelas Lesen P kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) sebulan sebelum tarikh luput?
Menurut prosedur, permohonan untuk menukar dari lesen Kelas P kepada CDL hanya boleh dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh luput.
Bolehkah saya memperbaharui Lesen Memandu Pembelajaran (LDL) dengan MYEG?
Tidak. Sila ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bantuan lanjut.
Bolehkah saya memperbaharui Lesen Memandu Percubaan (PDL) dengan MYEG?
Tidak. Sila ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bantuan lanjut.
Jenis Lesen Memandu mana yang boleh diperbaharui di laman web MYEG?
Anda hanya boleh memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) untuk jenis lesen B, B2, dan D di laman web MYEG.