Lesen memandu anda tidak lagi sah jika telah tamat tempoh lebih dari 3 tahun.
Oleh itu, anda tidak boleh memperbaharui lesen tersebut.
Anda perlu mengambil semula ujian memandu untuk mendapatkan lesen memandu yang baru.
Anda dikehendaki pergi ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terdekat.
Mereka akan mengeluarkan surat e-Rayuan untuk anda memperoleh lesen memandu
percubaan ""L"" sebelum mengambil semula ujian memandu praktikal.
Anda akan diberi lesen percubaan 2 tahun (Lesen P) sebelum memperoleh lesen penuh.