Bolehkah kaffarah dibayar kepada institusi atau melalui badan-badan kebajikan?
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju memutuskan:
a) Fidyah dan kaffarah harus dibayar kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
b) Ejen- ejen kutipan fidyah/kaffarah yang dilantik oleh MAIS
Rujukan dalil: Allah SWT berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan." (Surah Al-Ma’idah: 2)
Related Articles
Bolehkah kaffarah dibayar secara sekaligus atau perlu dibayar setiap hari?
Kaffarah dibayar mengikut jenis- jenis kesalahan yang dilakukan,
Bolehkah fidyah dibayar secara sekaligus atau perlu dibayar setiap hari?
Fidyah boleh dibayar secara sekaligus untuk semua hari yang ditinggalkan atau dibayar setiap hari mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Rujukan: Al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, Jilid 3, hlm. 194.
Adakah fidyah boleh dibayar kepada ahli keluarga?
Fidyah tidak boleh dibayar kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan nafkah seseorang, seperti ibu bapa atau anak-anak Rujukan: Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, Jilid 6, hlm. 270
Bolehkah saya membayar Kaffarah secara dalam talian melalui MyEG?
Bayaran Kaffarah boleh dibuat melalui MYEG. Layari myeg.com.my , pergi ke Servis dan pilih Fidyah.
Bagaimana cara untuk membayar Kaffarah melalui MyEG?
Bayaran Kaffarah boleh dibuat melalui MYEG. Layari myeg.com.my , pergi ke Servis dan pilih Kaffarah . Anda boleh membuat pembayaran Kaffarah untuk Selangor.