Bolehkah fidyah dibayar kepada institusi atau melalui badan-badan kebajikan?

Bolehkah fidyah dibayar kepada institusi atau melalui badan-badan kebajikan?

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju memutuskan:

a) Fidyah dan kaffarah harus dibayar kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
b) Ejen- ejen kutipan fidyah/kaffarah yang dilantik oleh MAIS 

Rujukan dalil: Allah SWT berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan." (Surah Al-Ma’idah: 2)