Bolehkah fidyah dibayar kepada institusi atau melalui badan-badan kebajikan?
Fidyah boleh dibayar kepada institusi atau badan kebajikan yang dipercayai untuk diagihkan kepada fakir miskin. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabiāul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju memutuskan:
a) Fidyah dan kaffarah harus dibayar kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Rujukan: Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj, Jilid 3, hlm. 455
Related Articles
Bolehkah fidyah dibayar kepada institusi atau melalui badan-badan kebajikan?
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awwal 1442H bersamaan 3 November 2020 bersetuju memutuskan: a) Fidyah dan kaffarah harus dibayar kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) b) Ejen- ...
Bolehkah fidyah dibayar secara sekaligus atau perlu dibayar setiap hari?
Fidyah boleh dibayar secara sekaligus untuk semua hari yang ditinggalkan atau dibayar setiap hari mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Rujukan: Al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, Jilid 3, hlm. 194.
Adakah fidyah boleh dibayar kepada ahli keluarga?
Fidyah tidak boleh dibayar kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan nafkah seseorang, seperti ibu bapa atau anak-anak Rujukan: Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, Jilid 6, hlm. 270
Adakah fidyah boleh dibayar kepada bukan Muslim?
Fidyah tidak boleh diberikan kepada bukan Muslim kerana ia termasuk dalam kategori sedekah yang khusus untuk orang Islam. Rujukan: Al-Syirazi, al-Muhadzdzab, Jilid 2, hlm. 76.
Bolehkah fidyah dibayar sebelum bulan Ramadhan?
Fidyah boleh dibayar sebelum Ramadhan jika individu sudah pasti tidak mampu menggantikan puasa sebelum Ramadhan tersebut. Rujukan: Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, Jilid 6, hlm. 261.