Berapakah kadar fidyah yang perlu dibayar?

Berapakah kadar fidyah yang perlu dibayar?

Kadar fidyah ialah satu cupak makanan asasi (bersamaan 1.3 kg beras) bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan. Di negeri Selangor, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awal 1442H bersamaan 3 November 2020 telah memutuskan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah 1/4 daripada zakat fitrah bagi tahun 1446H/ 2025M seperti yang berikut:

 i.RM2.00 (BerasTempatan),
ii.  RM4.30 (Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Beras Merah)
ii. RM6.30 (Beras Jepun, Beras Basmathi, Beras Herba Ponni).

Harga fidyah yang ditetapkan telah termasuk upah pengurusan.
Rujukan: Al-Syirazi, al-Muhadzdzab, Jilid 2, hlm. 74.