Apakah tujuan melakukan wakaf?
Tujuan melakukan wakaf seperti yang dinyatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam takrif wakaf dan syarak adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ibadah wakaf juga termasuk dalam konsep sedekah jariah yang menjanjikan pahala yang berkekalan sepertimana hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Apabila mati seseorang insan, terputus amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah Jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanya.”