Apakah rukun wakaf?

Apakah rukun wakaf?

  1. Pemberi Wakaf (Wakif): Individu atau entiti yang mewakafkan harta atau aset.

  2. Harta yang diwakafkan (Mauquf): Harta atau aset yang diberikan secara wakaf untuk kepentingan umum atau tujuan yang ditetapkan.

  3. Penerima wakaf (Mauquf Alaihi): Individu, badan, atau entiti yang diberi tanggungjawab untuk menerima manfaat atau mengurus harta yang telah diwakafkan untuk tujuan tertentu.

  4. Lafaz Akad (Sighah): Ungkapan atau pernyataan yang menunjukkan niat pemberian wakaf, boleh berupa secara lisan, tulisan, atau melalui isyarat.