Ya, anda dibenarkan membuat pembayaran saman bagi pihak orang lain. Hanya log masuk ke portal MyEG dan pergi ke perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membayar saman tersebut.
Bermula 20/09/2024, saman kompaun yang telah tamat tempoh (melebihi tarikh pembayaran saman pada notis yang dikeluarkan) dan disenarai hitam (selepas mahkamah mengeluarkan status DNAA) boleh dibayar secara dalam talian melalui MyEG.
Status saman anda biasanya akan dikemas kini dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja selepas anda membuat pembayaran. Walau bagaimanapun, tempoh ini mungkin berbeza bergantung kepada masa pemprosesan oleh pihak berkuasa. Sila hubungi kami melalui Pautan ...